• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Safwan Komen Isu Khiriah, Stesen TV Kena Alert

oleh
30/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, pelakon Norkhiriah telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akui berasa malu apabila menonton lakonannya ketika belum bertudung yang masih disiarkan di stesen televisyen.

Baca: “Saya Malu Tonton Lakonan Zaman Belum Berhijab”

Namun, bagi penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq Mohd Idris, Khiriah tidak lagi menanggung dosanya sebelum bertaubat walaupun lakonannya masih disiarkan oleh mana-mana stesen televisyen tempatan.

“Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.

“Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Tambah pengacara program Adik Tanya Ustaz Jawab itu lagi, ia merupakan tanggungjawab stesen televisyen berkenaan yang mana mereka perlu lebih sensitif serta menghormati permintaan selebriti agar berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, Safwan turut sempat mengingatkan kepada semua selebriti agar tidak lagi mempromosikan mana-mana lakonan mereka sebelum berhijrah.

Hal ini kerana ia bagaikan menggalakkan penonton agar melihat aurat mereka yang dahulu walaupun kini mereka sudah berubah.

“Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu,” ujarnya lagi ketika diminta mengulas berkaitan isu Norkhiriah.

Bagaimanapun, perkara seperti itu bagaikan tiada penghujungnya jika stesen teevisyen sendiri yang tidak mahu mengambil apa-apa tindakan demi menjaga sensitiviti mana-mana selebriti. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: auratbertudungNorkhiriahUstaz Safwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Kabul

Next Post

Tahniah… Fizo Omar, Mawar Timang Baby Girl!

Related Posts

ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat

ABIM Kelantan Mohon Kerajaan Benar Pramugari Tutup Aurat

31/01/2023
0

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan memohon agar kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia membenarkan pemakaian menutup aurat bagi wanita muslim...

Gaya Bertudung Tunku Azizah Jadi Inspirasi

27/08/2019
0

RAMAI yang kagum dengan penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertudung litup sama ada majlis rasmi mahupun...

Next Post

Tahniah… Fizo Omar, Mawar Timang Baby Girl!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd