Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penderma Organ Rendah, Jumlah...

KOTA BHARU - Jumlah pengikrar pendermaan organ di negara ini jauh masih rendah...

VIDEO: Kelakar Tapi Apa...

Kebiasaanya kita dihidangkan dengan video-video seperti ini dimana para selebriti luar negara membaca...

Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik...

PENGGUNAAN merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian Pentadbiran...

Datuk Dr Hassan Said...

PUTRAJAYA - Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti...

“Saya Malu Tonton Lakonan Zaman Belum Berhijab”

PENGHIJRAHAN kebanyakan selebriti wanita tanah air daripada tak bertudung kepada bertudung perlu dipuji dan dicontohi oleh masyarakat.

Baca: Rindu Lakonan, Tapi Diana Malu Ingat Dia Yang Lama

Namun, pernahkah kita terfikir bagaimanakah perasaan mereka apabila menonton kembali lakonan mereka semasa tidak bertudung dalam program yang diulang siar?

Terbaharu, pelakon kecil molek, Norkhiriah Ahmad Shafie, 40, telah meminta mana-mana stesen televisyen supaya tidak lagi mengulang siar drama lakonannya ketika tidak bertudung.

“Maafkan saya andai kata permintaan itu di luar kemampuan yang tidak sepatutnya dan andai ada terasa hati.

“Itu aurat saya, dosa saya… Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya.

“Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Khiriah turut memberitahu bahawa tujuannya membuat permintaan seperti itu ialah kerana berasa sangat takut dengan dosa yang ditanggungnya apabila ramai yang melihat dia tidak menutup aurat.

Sebelum ini juga Khiriah ada memuat naik satu komen yang meminta mana-mana stesen televisyen berbuat demikian.

Namun disebabkan tidak mahu niatnya itu disalah erti, Khiriah terlebih dahulu telah memadam komen berkenaan.

“Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya,” ujarnya lagi.

Walaupun kini Khiriah sudah lengkap bertudung dan sempurna menutup aurat, dia masih lagi berasa malu apabila mengingati dan melihat kembali penampilannya ketika dahulu.

Tetapi, kesilapannya itu dianggap sebagai pengajaran dan proses pembelajaran bagi Khiriah sendiri.

“Ketika rambut saya mengerbang, maafkan saya. Saya jahil lagi hina, saya pendosa yang ingin ke syurga.


“Kata orang yang lama jangan dikenang maka harap tiada lagi yang diulang tayang selepas ini,” tambahnya lagi yang kini memiliki dua orang anak lelaki.

Sebelum ini, Khiriah turut pernah membuat kenyataan bahawa dia mahu meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya.

Tetapi dia sedar bahawa itu merupakan satu kesilapan kerana jiwa seni masih mengalir di dalam dirinya dan turut mengakui bahawa kenyataan itu dikeluarkan ketika dia berasa kecewa tak lama dahulu.

“Saya belajar satu perkara jangan buat keputusan ketika dalam keadaan marah dan apabila saya cakap nak berhenti berlakon ia adalah satu kesilapan.

“Lakonan sudah sebati dalam diri saya selepas 20 tahun bergelar pelakon dan perasaan rindu hendak kembali ke set penggambaran itu sentiasa ada,” ujarnya yang berasal dari Raub, Pahang.

Terkini, Khiriah baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Sejadah Untuk Dia bagi siaran Astro Oasis yang bakal bersiaran pada 1 Januari hadapan.

“Alhamdulillah rezeki Allah itu masih ada buat saya dalam industri. Dapat saya melepaskan rindu hendak kembali berlakon.

Sejadah Untuk Dia hilangkan kerinduaan kepada sesiapa nak tengok saya dalam drama tu.

“Kita pandang ke depan sahaja selepas ini dan lupakan cerita-cerita lama saya sebelum menutup aurat. Anggap sahaja itu sebagai satu kenangan,” katanya. lagi.

Keputusan Khiriah dalam meminta agar stesen televisyen tidak menyiarkan drama lakonannya ketika belum bertudung itu merupakan satu tindakan yang berani dan perlu dicontohi.

Lagi pula sekarang ni semakin ramai selebriti wanita telah dijentik hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga permintaan itu dapat dikabulkan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori