• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terengganu Gerak Sukarelawan Bantu Mangsa

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Kerja pembersihan serta membaik pulih rumah yang rosak kini giat dilakukan apabila banjir yang melanda beberapa kawasan di Terengganu sejak Selasa, semakin pulih.

Pelbagai pihak termasuk kumpulan sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa terlibat.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, UMNO tidak ketinggalan turun padang membantu mangsa terlibat dan beliau telah mengerakkan kira-kira 700 sukarelawan bagi melaksanakan misi pasca banjir di 48 kampung yang terjejas di DUN berkenaan.

“Kerja pembersihan kampung dimulakan seawal 8 pagi. Bantuan tenaga kerja dan bantuan makanan sangat diperlukan penduduk ketika menghadapi bencana ini.

“Beginilah rutin setiap kali banjir dan UMNO sentiasa bersedia membantu, biarpun ia sebelum, semasa, dan pasca kami tetap ada,” katanya kepada Bernama ketika ditemui turut turun pandang mengikuti misi pasca banjir di Kampung Apal, di sini hari ini.

Mohd Iskandar yang juga Ketua Pemuda UMNO Setiu berkata di samping melaksanakan misi pasca banjir, anggota parti juga turut bersiap sedia menempuh gelombang kedua banjir sekiranya berlaku.

Sementara itu, ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof berkata kira-kira 900 sukarelawan yang terdiri daripada anggota Pemuda dan Puteri Jerteh kini sedang melaksanakan misi pasca banjir di 45 kawasan perkampungan yang ada di situ.

“Sebelum banjir, kami juga telah membuat beberapa simulasi di ke semua 45 perkampungan agar mereka bersedia menghadapi banjir dan tahu apa yang perlu dilaksanakan bila berhadapan dengan bencana itu,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini kekal 49 orang daripada 12 keluarga yang kini berada di dua daerah iaitu Setiu dan Besut. – BERNAMA

Tags: BanjirUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

Johor Hormati Setiap Kaum, Onn Hafiz Seru Tolak Politik Perkauman

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat negeri ini agar terus mempertahankan semangat perpaduan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd