• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Lakar Sejarah 2 Jawatan Utama Tiada Tanding

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tepat pukul 12.40 tengah hari Jumaat, UMNO lakar sejarah baharu dekad ini apabila sebulat suara lulus usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Keputusan itu diumumkan, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, selepas usul dicadangkan oleh wakil Pemuda dan disokong wakil Perak sebelum dibahaskan wakil negeri serta jurucakap Wanita dan Puteri.

Di bawah Akta 5 Perlembagaan parti, usul dibawa wakil Pemuda mengajak seluruh kekuatan dan potensi ahli dan penyokong UMNO dan komponen BN untuk meningkatkan solidariti bagi memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).

Namun perbahasan usul itu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 ada sedikit pindaan oleh sayap Pemuda iaitu sejajar dengan Fasal 20 Perlembagaan UMNO pindaan para 5 dimasukkan perkataan-perkataan berikut:

“Justeru atas semangat kebersamaan dan kesalingan dan bagi memastikan konsep ini dapat direalisasikan, adalah dengan menjadi ketetapan untuk diputuskan dalam sidang kali ini agar jawatan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden (Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang,” katanya sebelum menangguhkan persidangan.

Pemuda UMNO ketika membahaskan ucapan dasar Presiden sebagai pencadang, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, mengemukakan satu usul tambahan supaya dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan.

Ia sebagai simbol walak kepada institusi presiden dan parti. Usul berkenaan kemudian disokong wakil Perak, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Perhimpunan Agung UMNOpwtcUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd