Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Individu Sebar...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu atau pihak tertentu...

PANAS!! Pekerja Asing Cameron...

Dalam satu pendedahan sensasi, ada perkhabaran mendakwa, perkhidmatan seks ditawarkan buat pekerja asing...

Israel Dijangka Lulus Bina...

BAITULMUQADDIS: Israel dijangka meluluskan rancangan untuk membina 4,000 rumah peneroka haram di Tebing...

Suntikan Polio Untuk 4...

JAKARTA: Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen pelalian polio pada 3 April,...

UMNO Kini Lebih Mantap Bawah Najib, Zahid

UMNO yang kini diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemangku timbalan presiden parti kini jelas berada dalam keadaan mantap.

Malah parti keramat terbesar umat Melayu di dunia itu bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang pada bila-bila masa waima dianggap sebagai ibu kepada segala PRU dalam sejarah.

Ia dicapai selepas harungi pelbagai cabaran daripada beberapa individu yang mahu guling Presiden UMNO, menghancurkan parti dan menghuru-harakan jutaan ahli di peringkat bawah sejak pertengahan tahun 2015.

Kini UMNO sudah berada dalam keadaan yang lebih mantap, paling kuat dan amat bersih sepenuhnya daripada sebarang anasir duri dalam daging yang mahu menghancurkan parti.

“Saya dengan Zahid ini sudah lama, sejak 1986 lagi, dia bukan sahaja timbalan saya yang setia tetapi sahabat yang sentiasa bersama saya dalam susah dan senang,” kata Najib pada Ogos lepas.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, secara terbuka Najib memuji Ahmad Zahid, sekali gus mengiktiraf beliau sebagai gandingan terkuatnya dalam urusan mentabdir negara.

“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata Najib ketika ucapan bajet berkenaan.

Ahmad Zahid pula me­negaskan, beliau akan tetap berdiri teguh di belakang Najib bagi menghadapi setiap cabaran dan fitnah politik yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, Ahmad Zahid bahkan telah menyatakan pendiriannya secara terbuka bahawa wala’ atau taat kepada presiden parti tersebut ketika ucapan pergulungan.

Wala’ ertinya taat… Kita sebagai perwakilan bukan sahaja di dewan (Pusat Dagangan Dunia Putra – PWTC), di luar dewan, di kampung, wala’ kita tidak berbelah-bahagi, wala’ kita wala’ yang ikhlas.

“Presiden kita berbuat baik bukan hanya pada kita orang Islam, UMNO, Melayu tetapi beliau berbuat baik kepada semua kerana beliau adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat di Malaysia,” tegas Ahmad Zahid.

Gandingan Najib dan Ahmad Zahid menjadikan UMNO lebih mantap dan kuat dalam menghadapi ancaman blok pembangkang yang ketika ini diterajui oleh DAP dan tiga parti kecil yang lain.

Kemas organisasi UMNO di peringkat atas, tidak bercelaru dan berselerak macam pembangkang. Pakatan pembangkang konon dalam satu kapal tetapi ada pula tiga nakhoda.

Sampai ke hari ini, mereka masih belum selesai memilih siapa bakal Perdana Menteri, timbalan dan barisan kabinet bayangan mereka. Masih berebut kerusi, berasa sangsi dan tidak ikhlas sesama mereka.

Sampai ke hari ini, kita dengar parti yang cuba meniru dan ciplak perlembagaan UMNO telah mula hilang sokongan sedikit demi sedikit. Parti bunga mula ditinggalkan oleh rakyat. Satu persatu keluar dan tinggalkan PPBM.

Agenda peribadi pemimpin parti bunga pula semakin jelas kelihatan. Lebih memalukan, hendak buat mesyuarat di peringkat cawangan pun masih lagi gagal sampai ke hari ini konon tidak cukup ahli peringkat akar umbi.


Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan dari 5 Disember hingga 9 Disember ini di PWTC adalah hasil daripada mesyuarat  21,800 cawangan UMNO di seluruh negara yang telah diadakan dari 17 Mac hingga 30 April.

Seramai 3.6 juta ahli UMNO di seluruh negara hadir dan bermesyuarat cawangan. Mereka berbincang tentang hal parti dan isu semasa. Usul dan permasalahan rakyat yang dibincang dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian.

Ia diadakan dari 7 Julai hingga 26 Ogos. Hasilnya 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mengadakan mesyuarat. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri turut sama mengadakan mesyuarat.

Masing-masing berjaya memilih perwakilan untuk ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur. Tiga sayap pula lazimnya menghantar empat orang perwakilan termasuklah Ketua dan Naibnya.

Di peringkat bahagian pula memilih tujuh perwakilan daripada peringkat bawah selain Ketua, Timbalan, Naib dan tiga ketua sayap yang layak secara automatik. 13 orang kesemuanya daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Hampir 2,483 orang perwakilan dari bahagian ini akan berkampung di PWTC untuk bahas usul terutama isu rakyat diperjuangkan secara bersama. Membawa harapan dan aspirasi semua ahli UMNO di peringkat cawangan ke PWTC.

Inilah cara UMNO mengadakan mesyuarat sejak 71 tahun yang lalu. Kemas dan tersusun organisasinya. Dalam kalangan negara Islam, ramai yang menghantar pemerhati dan perwakilan untuk mengkaji dan belajar dari UMNO.

Mahu mengetahui dan mempelajari bagaimana parti yang paling lama menguasai kerajaan di rantau Asia tenggara ini sejak merdeka pada 1957 mampu meneruskan kesinambungan untuk bela nasib bangsa, agama dan tanah air.

Di saat satu persatu negara-negara Islam lain di Asia Barat dan Afrika Utara dilanda ketidakstabilan ekonomi serta pergolakan politik, Malaysia masih berdiri kukuh di wilayah Asia Timur untuk memelihara syariat Islam.

Biarpun diserang setiap hari dengan isu isu ekonomi oleh pembangkang dan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia, namun Najib dan Ahmad Zahid mampu harungi ombak ranjau ekonomi ini dengan baik.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.2 peratus adalah yang terbaik di dunia, malah kedudukan ringgit makin mengukuh kepada RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Biarpun diserang dengan isu politik oleh seorang bekas perdana menteri, dua bekas timbalan perdana menteri, seorang diktator DAP, dua menteri besar namun bahtera UMNO yang dikemudi oleh Najib tetap kekal belayar kuat.

Ia mengharungi semua cabaran ini dengan jayanya. Malah kapal pembangkang yang menyerang itu pula nampaknya semakin kacau bilau dan lintang pukang. Kapal itu diserang oleh orang mereka sendiri dari dalam.

Sudah ramai terjun ke laut menyelamatkan diri. Bahtera UMNO yang dinakhoda Najib dibantu Ahmad Zahid terus mara dengan kuat. Inilah gandingan terbaik untuk UMNO dan rakyat Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori