• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV AlHijrah Stesen Pertama Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYEDARI bahaya ancaman rasuah sebagai musuh Islam dan negara, stesen televisyen penerima Anugerah Saluran Islam Terbaik Asia, TV AlHijrah melaksanakan ikrar bebas rasuah hari ini.

Majlis ikrar dan lafaz bebas rasuah itu disertai lebih 200 penjawat TV AlHijrah dan diadakan di AlHijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya. Sesi ikrar dipimpin Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Izelan Basar.

Sesi ikrar itu disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil yang hadir bersama 13 pegawai kanan agensi berkenaan.

Selain lafaz ikrar, beliau turut menyampaikan amanat tertutup mengenai ancaman, bahaya dan perkembangan kes-kes rasuah yang disiasat oleh pihak SPRM.

Sesi itu mencatat sejarah kerana TV AlHijrah menjadi pelopor bagi pembabitan agensi penyiaran dalam kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dengan fokus utama untuk menanam semangat dan iltizam penjawat untuk berjuang memastikan tiada rasuah dalam amalan profesional.

“Kami mahu memastikan sebagai stesen Islam, kami menyokong agenda menentang rasuah yang kini antara elemen yang wajar dibasmikan demi kemasyhalatan ummah,” kata Izelan.

TV AlHijrah pada Jumaat lalu menerima pengiktirafan Asia Halal Brand Award (AHBA) sebagai antara 40 jenama terbaik dalam industri halal di seluruh Asia.

“Ikrar bebas rasuah mengukuhkan lagi jenama kami di pasaran. Malah, satu usaha menerapkan intergriti profesional yang sejajar dengan syiar Islam,” kata Izelan.

SPRM melancarkan kempen ini sejak tahun lalu dengan fokus penyertaan semua kementerian, jabatan dan agensi dengan pembabitan penjawat awam sebagai fokus utama kempen pencegahan rasuah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ikrar bebas rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 100 Kakitangan PPSPM Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

09/08/2018
0

MELAKA - Seramai 123 kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), agensi milik kerajaan negeri Melaka, menandatangani Ikrar Bebas...

Hampir 2,000 Agensi Laksana Ikrar Bebas Rasuah

21/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,966 agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga 23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd