• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 2,000 Agensi Laksana Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,966 agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga 23 Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata demikian dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu jumlah terkini mereka yang telah melaksanakan IBR dan menjadi Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

IBR yang memberi penekanan kepada ikrar dan janji secara sukarela oleh para kepimpinan organisasi dan warganya bagi menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah diperkenal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal 2017.

Dalam pada itu, Paul Low berkata sehingga tarikh sama, SPRM menerima 160,000 permohonan untuk menjadi ahli Sahabat Gerah dan seramai 95,104 daripadanya telah diluluskan.

Gerah yang diwujudkan pada Ogos tahun lepas bermatlamat memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah dan memeranginya secara habis-habisan. – BERNAMA

Tags: ikrar bebas rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 100 Kakitangan PPSPM Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

09/08/2018
0

MELAKA - Seramai 123 kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), agensi milik kerajaan negeri Melaka, menandatangani Ikrar Bebas...

3 Jabatan Bawah KDN Di Kedah Ikrar Bebas Rasuah

15/02/2018
0

ALOR SETAR – Tiga jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd