• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sahkan Tangkapan 2 Pegawai Imigresen KLIA

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan dua pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

“Ada beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini, dua pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan bertugas di bahagian kaunter KLIA,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan warganegara Bangladesh di KLIA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali supaya mengetatkan kawalan di pusat pemeriksaan terutamanya di KLIA.

“Kita juga akan menambah pegawai Jabatan Imigresen di KLIA,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidipegawai imigresen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syamsul Debat Terima Anugerah Sumbangsih

Next Post

Doktor Pelatih Mungkin Jalani Latihan Di Hospital

Related Posts

Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah Urus Pelepasan Warga Asing

Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah Urus Pelepasan Warga Asing

18/02/2025
0

TAWAU: Seorang pegawai Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini atas 17 pertuduhan menerima rasuah RM14,250...

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki Didakwa Seludup Enam Wanita Vietnam

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki Didakwa Seludup Enam Wanita Vietnam

03/07/2024
0

TAIPING - Seorang pegawai imigresen antara empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping pada Rabu atas pertuduhan menyeludup enam migran...

Next Post

Doktor Pelatih Mungkin Jalani Latihan Di Hospital

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd