• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Pelatih Mungkin Jalani Latihan Di Hospital

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR  – Kementerian Kesihatan sedang mempertimbang cadangan untuk membenarkan doktor pelatih menjalani latihan di hospital universiti perubatan swasta sekiranya ia memenuhi syarat ditetapkan kementerian.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata antara syarat berkenaan adalah mempunyai cukup pesakit, katil dan jabatan pakar.
         
“Sekiranya semua syarat itu dipenuhi, tiada masalah bagi doktor pelatih menjalani latihan di sana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah di hospital pertama Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di sini, hari ini.            

Dr Subramaniam berkata cadangan itu masih dibincangkan dan mungkin dilaksanakan pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IMU Profesor Abdul Aziz Baba berkata hospital IMU memberi tumpuan sepenuhnya kepada pesakit bermula dari proses dan prosedur rawatan termasuk pakar.

“Pesakit akan mendapat akses kepada peralatan dan kemudahan terkini serta dirawat oleh beberapa pengamal perubatan terbaik negara, yang merupakan sebahagian daripada universiti ini,” katanya.          

Hospital IMU, yang dibangunkan dengan anggaran kos antara RM150 juta dan RM200 juta, akan dibina di kawasan bersebelahan dengan universiti itu dan disasarkan untuk beroperasi pada 2021.           

Fasa 1 hospital itu akan mempunyai 96 katil, tiga dewan bedah, bilik rawatan kecemasan, 22 klinik pakar dan dua klinik kesihatan. Ia akan diperluas secara berperingkat hingga mempunyai 312  katil. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd