• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah Urus Pelepasan Warga Asing

oleh Mohd Arshad
18/02/2025
dalam Terkini
0
Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah Urus Pelepasan Warga Asing
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Seorang pegawai Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, hari ini atas 17 pertuduhan menerima rasuah RM14,250 antara Januari hingga Mac 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Katika Dewiana Bacho, 37, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperoleh untuk dirinya sendiri suatu benda berharga iaitu wang tunai tanpa suatu balasan yang dipindahkan daripada akaun peribadi Maybank milik Eryano Jabar, 58, membabitkan nilai keseluruhan RM14,250.

Semua suapan didakwa diterima tertuduh daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya yang mana Eryano berperanan menguruskan warga asing melepasi kaunter pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur.

Tertuduh sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19 didakwa melakukan perbuatan itu di kaunter pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Tawau sepanjang tempoh antara Januari hingga Mac 2023.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norsham Saharom menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri dua bulan sekali di pejabat SPRM selain dilarang mendekati saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, Peguam Nur Hafizah Husna bt Elahab@lahab yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama kepada SPRM sepanjang proses siasatan.

“Tertuduh sudah berkhidmat selama 15 tahun dan tiada risiko untuk melarikan diri sebagaimana kehadirannya di Mahkamah hari ini,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM2,000 serta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula 11 Mac depan.

BHonline-

Tags: pegawai imigresenrasuahwarga asing
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd