• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beradik Dikebumi Satu Liang Lahad

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, di sini hari ini.

Jenazah Muhammad Hanif Ismail dan kembarnya Nur Ain Hanifah, lapan tahun serta kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, selepas disolatkan di Masjid Bukit Kuin.

Ibu saudara mangsa, Ramelah Yaakob, 54, yang datang dari Dungun, Terengganu berkata jenazah tiga beradik itu dikebumikan di sini kerana ibu mereka berasal dari Kuantan.

“Saya agak terkilan kerana tidak sempat tengok mereka, terutamanya pasangan kembar itu kerana mereka rapat dengan saya. Seakan tidak percaya mereka sudah tiada,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sini.

Ramelah berkata beliau juga tidak mengetahui keluarga adiknya itu, Ismail, 53, bertolak ke Sungai Petani, Kedah untuk mengambil Nur Ain Hafizah yang bercuti sebelum pulang ke Dungun.

Tiga beradik itu maut manakala ibu bapa mereka Ismail dan Zarina Yong, 44, parah manakala seorang lagi anak Nur Ain Harizah, 13, cedera ringan dalam kemalangan yang melibatkan lima kenderaan pada pukul 11 pagi, semalam.

Kemalangan yang berlaku berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong itu dikatakan berlaku selepas sebuah treler dipercayai mempunyai masalah brek, melanggar empat kenderaan yang berhenti di lampu isyarat simpang empat di situ. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dera Anak, Bapa Anak Lima Didakwa

Next Post

Bakal Bina 10,000 Rumah Mampu Milik Di P.Pinang

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Next Post

Bakal Bina 10,000 Rumah Mampu Milik Di P.Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd