• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Bukan Pusat Sindiket Panggilan Palsu

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menafikan negara itu menjadi pusat bagi sindiket pusat panggilan palsu berikutan peningkatan penangkapan berkaitan jenayah itu termasuk 21 orang dalam operasi terkini oleh polis.

Antara 21 orang yang ditangkap dalam serbuan polis di sekitar Bangkok dan wilayah-wilayah di utara Thailand semalam ialah tiga lelaki rakyat Taiwan, salah seorang daripada mereka disyaki sebagai dalang sindiket.

“Thailand bukan pusat bagi sindiket “call scam.” Sindiket pusat panggilan palsu itu berpindah dari satu negara ke negara lain jika kegiatan mereka ditumpaskan oleh pihak berkuasa,” kata Komander Polis Diraja Thailand, Lt Jen Thanitsak Teerasawat kepada media di sini hari ini.

Sehingga kini, polis telah menahan 98 suspek hasil 146 waran tangkap yang dikeluarkan tahun ini dan sedang memburu 48 lagi suspek yang masih bebas.

Thanitsak berkata, anggota sindiket didalangi lelaki warga Taiwan yang ditumpaskan semalam mengaku terhadap jenayah itu dan berdepan hukuman pen jara 15 tahun jika disabitkan di bawah Akta Pencegahan dan Pembanterasan terhadap Penglibatan dalam Sindiket Jenayah Terancang Rentas Negara.

Sementara itu, ketua Polis Wilayah 5 Lt Jen Poonsap Prasertsak berkata, sebelum beroperasi di Thailand, sindiket tersebut menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya sebeluma memindahkan operasi ke negara itu berikutan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Beliau juga berkata, beberapa anggota sindiket memindahkan aktiviti jenayah mereka ke Kemboja.

“Pihak berkuasa mula memantau aktiviti sindiket itu kira-kira lima hingga enam bulan yang lalu sebelum kita bertindak semalam,” sambil berkata seperti pusat panggilan palsu lain yang ditumpaskan oleh pihak berkuasa Thailand sebelum ini, ia didalangi oleh warga asing.

Beliau berkata, sindiket terbaharu diketuai oleh seorang lelaki muda rakyat Thailand.

Pada sidang media hari ini, empat anggota sindiket tersebut mendedahkan taktik yang mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa supaya memindahkan wang mereka ke dalam akaun khas yang kononnya dibuka.

Salah seorang daripada anggota sindiket yang mendakwa menerima 38,000 Baht (kira-kira RM4,800) daripada sindiket itu bulan lepas untuk kerja-kerja itu berkata dia menghubungi mangsa dan memberitahu bahawa mereka rekod jenayah dan oleh itu, wang dalam akaun mereka akan disita. – BERNAMA

Tags: panggilan palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ancaman Bom: Polis Giat Kesan Individu Panggilan Palsu

28/11/2018
0

SEREMBAN - Polis kini sedang giat mengesan individu yang membuat panggilan ancaman bom untuk mencetuskan panik di Hospital Pakar KPJ...

Waspada Panggilan Palsu Menyamar SPRM

04/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon meragukan mendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd