• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanaman Cili Kulai Berpotensi Ubah Sosioekonomi Petani

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Tanaman cili kulai berupaya memberikan hasil lumayan dan petani tidak perlu khuatir dengan keperluan tanaman itu yang menuntut penjagaan rapi kerana jabatan pertanian sedia membantu.

Bercakap kepada Bernama di sini, Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu Nurashikin Abdul Razak berkata harga cili kulai boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram dan mendapat permintaan tinggi khususnya dari negeri-negeri di utara Semenanjung.

Tanaman ini hanya memerlukan 105 hingga 110 hari untuk mengeluarkan hasil dengan setiap pokok mampu menghasilkan antara dua dan empat kilogram cili, katanya yang ditemui semasa melawat kebun cili seorang pengusaha di Kampung Alor Bata, hari ini.

Katanya walaupun di Kubang Pasu sendiri tidak ramai yang berani menanam cili kulai, beliau yakin dengan bimbingan jabatan pertanian lebih ramai yang akan berminat mengusahakan tanaman tersebut.

“Jangan khuatir mengenai pasaran kerana cili kulai mendapat permintaan tinggi daripada pengguna,” katanya.

Beliau berkata terdapat dua varieti cili kulai yang menjadi pilihan petani untuk diusahakan secara fertigasi iaitu Kulai S469 dan Kulai 151 yang berbunga dan masak secara serentak.

Sementara itu, pengusaha cili kulai Sharif Desa, 43 yang mempunyai kebun seluas 2.4 hektar yang diusahakan bersama rakannya Ng Boon Yah, 47, berkata mereka mengusahakan banyak tanaman jangka pendek sebelum ini namun cili kulai antara tanaman yang memberi keuntungan tinggi.

“Saya telah menanam pelbagai tanaman seperti timun, petola dan kacang panjang namun tanaman cili adalah yang paling untung sekalipun memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan pendapatan yang diraih daripada tanaman itu sebaliknya sekadar berkata cili kulai mengubah kehidupannya.

“Alhamdulillah cili kulai mendapat permintaan tinggi di negeri-negeri sebelah utara ini dan sekilogram cili ini boleh dijual antara RM27 hingga RM30 sekilogram,” katanya.

Sharif juga bersedia membantu petani lain yang mahu menanam cili kulai ini terutama belia dan siswazah yang mahu menceburi bidang pertanian.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana nak dapatkan sagunya, dan untuk mendapatkan hasil berusahalah menjadi petani sehingga berjaya kerana ia juga mempu mengubah kehidupan,” katanya. – BERNAMA

Tags: cili
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permit Import Cili Vietnam Digantung Serta Merta

14/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertanian memutuskan untuk menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam berkuatkuasa serta...

Kerajaan Akan Siasat Laporan Lambakan Cili Import Di Pasaran

08/09/2018
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu golongan pengusaha cili tempatan untuk menghantar petisyen kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd