• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Siasat Laporan Lambakan Cili Import Di Pasaran

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu golongan pengusaha cili tempatan untuk menghantar petisyen kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi menyelesaikan isu berkaitan lambakan cili di dalam negara.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata setakat ini, borang-borang petisyen telah pun diberikan kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan lambakan cili itu dalam masa sebulan.

Petisyen disasarkan untuk diisi lebih 800 pengusaha cili yang berdaftar dengan kementerian.

“Sekiranya benar terdapat isu lambakan atau pembuangan, laporkan kepada kita dan kita akan hantar laporan berkenaan kepada MITI dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Ini merupakan tanggungjawab kementerian sekiranya ada laporan (petisyen) yang dikeluarkan oleh pengusaha.

“Salah satu perkara yang kita boleh kenalpasti adalah melalui harga yang mana sekiranya harga cili import dijual di Malaysia lebih murah daripada harga cili yang dipasarkan di negara pengimport, maka ia boleh dikategorikan sebagai pembuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejatuhan harga cili tempatan ekoran lambakan cili import dari Vietnam, Thailand dan China, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Salahuddin ditemui media selepas menghadiri Program Bicara Tani Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pengusaha Cili Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, biarpun Malaysia berdepan dengan lambakan itu ia pada umumnya masih memerlukan cili import kerana jumlah pengeluaran cili tempatan masih tidak mampu menampung keperluan industri dan permintaan tempatan.

Namun begitu apabila wujudnya persaingan antara cili import dan tempatan, langkah penyelesaian jangka pendek harus diambil dengan menetapkan harga ladang cili daripada RM4 kepada RM4.50, dan mempromosikan cili-cili tempatan kepada pasar-pasar tani untuk dijual.

“Ini merupakan langkah terdekat yang kita boleh ambil untuk kita sekurang-kurangnya membantu golongan ini (pengusaha) daripada tidak terus mengalami kerugian namun pada masa yang sama mempunyai untung yang mencukupi bagi menampung kos pengeluaran mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: cili
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permit Import Cili Vietnam Digantung Serta Merta

14/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertanian memutuskan untuk menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam berkuatkuasa serta...

Lelaki Dikejar Ke Hospital Selepas Makan Cili Terpedas

10/04/2018
0

INI namanya `pedas gila’. Seorang lelaki yang makan cili paling pedas di dunia, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd