• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Felda: PM Arah Siasat, Tindakan Segera

oleh
22/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sudah mengarahkan FELDA mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan agensi dan peneroka, sebaik dimaklumkan mengenai isu penukaran hak milik tanah di Jalan Semarak.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu siasatan terperinci dijalankan serta-merta oleh pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kecuaian atau salah laku.

Tegasnya, kepentingan FELDA dan peneroka mesti sentiasa dijaga dalam segala program pembangunan negara.

“Siasatan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya ada kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit. Tindakan akan diambil berasaskan laporan siasatan. Langkah memelihara kepentingan FELDA dan peneroka perlu diambil.

“Pada masa sama, saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku,” katanya menerusi Twitternya, hari ini.

Semalam sebuah akhbar membongkar FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik dianggar bernilai lebih RM200 juta di pusat bandar raya ini menerusi transaksi pindah milik tanah mencurigakan sejak 2015.

Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, pindah milik itu berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama tanah berkenaan pada 3 Jun 2014.

Ia kemudian diberikan surat kuasa (PA) untuk membangunkannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi FELDA yang...

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd