• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taiwan Tersilap Cetak 200,000 Pasport Baharu

oleh
31/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Taiwan terpaksa membatalkan agihan lebih 200,000 pasport baharu apabila tersilap mencetak imej untuk menggambarkan lapangan terbang utama negara kepulauan tersebut.

Pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan pada Isnin lalu itu malahan dikesan memaparkan imej Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Washington DC, Amerika Syarikat pada bahagian dalam helaiannya.

Walhal menurut media tempatan, imej tersebut sepatutnya Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan yang dibuka sejak 1979 dan juga pernah dikenali sebagai Chiang Kai-shek sebelum diubah pada 2006 lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen meletak jawatan manakala pembantunya, Kung Chung-chen diturunkan pangkat ekoran kesilapan memalukan itu.

Semua pasport yang silap dicetak dan berharga hampir 80 juta dollar Taiwan (kira-kira RM11 juta) itu telah pun dimusnahkan dan pihak kerajaan terpaksa menarik balik 285 keping yang sudah diedarkan awal.

Kesilapan aib tersebut turut tular menerusi media sosial dan menjadi bahan gurau netizen yang menggelarkan Taiwan sebagai sebuah ‘negeri ke-51’ kepada AS pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: taiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

09/01/2025
0

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd