• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh, Bakar 4 Sekeluarga Didakwa Esok

oleh AK-47
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Suspek kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini pada 13 Dis lepas, akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian mengarahkan supaya suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan lima pertuduhan menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Selain itu, siasatan kita juga mendapati, anak perempuan mangsa yang juga teman wanita suspek tidak terlibat dalam kes ini dan dia tidak tahu menahu bahawa suspek (teman lelakinya) telah membunuh ibu bapa serta dua anak saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek yang merupakan Orang Kelainan Upaya pekak dan bisu, ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi 15 Dis lepas, oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, empat sekeluarga dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73; isterinya Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9 serta Chia Yuan Bin, 3. – BERNAMA

Tags: kes bunuhSupt Azizan Tukiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd