• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Temukan Wang Tunai 1 Juta Dalam Kotak Kasut

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas ditemukan dalam kotak kasut dan peti besi di rumah seorang bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) di negeri ini, semalam.

Semua aset tersebut ditemukan semasa pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penggeledahan di rumah pegawai polis berusia 59 tahun itu bagi membantu siasatan rasuah dan salah laku.

SPRM, dalam kenyataan hari ini, berkata pegawai berkenaan, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, ditahan di pejabat SPRM Perak pada jam 7.30 malam semalam bersama isterinya berusia 54 tahun dan seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

SPRM berkata ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis itu ketika berkhidmat sebagai ketua polis daerah dan dipercayai wanita berkenaan telah memberikan sejumlah wang untuk majlis perkahwinan anak pegawai berkenaan pada Februari lalu.

“Ahli perniagaan itu telah memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam akaun isteri pegawai polis tersebut dengan dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM.

Katanya, ketiga-tiga mereka direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009.

Terdahulu, pegawai polis itu dibawa ke kompleks mahkamah di sini pada jam 10.45 pagi tadi oleh pegawai SPRM dengan berpakaian lokap SPRM serta bergari bagi mendapatkan perintah reman. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd