• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrizat Berterima Kasih Kesetiaan Wanita UMNO

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berterima kasih kepada anggota pergerakan itu yang tetap menunjukkan kesetiaan ketika beliau jatuh hingga bangun semula.

“Terima kasih wahai ibu terbaik bangsa. Kalau tidak ada anda, tidak adalah saya di sini. Di kala saya susah, anda di sisi saya beri semangat pada saya.

“Walaupun saya hadapi lima tahun sengsara, menitis air mata tetapi oleh kerana kehadiran Wanita UMNO dalam hidup saya, saya dan keluarga masih mampu bangkit semula,” katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini.

Justeru, Shahrizat bertekad membalas segala jasa dengan meneruskan perjuangan untuk mengangkat martabat dan maruah wanita di negara ini.

“Sebab itu saya abadikan diri kepada Pergerakan Wanita UMNO…saya tidak akan lupa jasa anda semua,” katanya.

Shahrizat berkata perjuangan Wanita UMNO dalam memberi khidmat di negara ini melangkaui agama dan bangsa.

“Kita berjuang untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan berbilang agama dari Perlis ke Sabah dan Sarawak. Nawaitu kita bukan hanya nak menang pilihan raya umum.

“Saya selalu cakap kita nak berjuang kerana Allah, bangsa dan negara. Sebab itu saya yakin Allah sentiasa bersama kita,” katanya.

Shahrizat turut mengakhiri ucapannya dengan membacakan sajak bertajuk ‘Ibu Terbaik Bangsa’ sebagai pencetus semangat kepada perjuangan Wanita UMNO. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul JalilUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd