• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, Empat Cedera Kereta Terbabas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera, dua daripadanya parah, setelah kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 107 Jalan Kuantan-Segamat, semalam.

Dalam kemalangan pukul 2.50 petang itu, mangsa yang maut ialah penumpang bahagian hadapan kereta itu Norashimah Mihat, 35, dari Kampung Rekoh Baru, Bandar Tun Razak akibat patah tengkuk.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang cedera parah pula ialah Irfan Fahmi Ideham, 18, dari Felda Keratong 4 dan rakannya Normala Mohamed, 34, dari Felda Keratong 1. Kesemua mangsa merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat perladangan sawit di Segamat, Johor.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki tujuh orang itu dalam perjalanan ke Muadzam Shah, namun sebaik tiba di tempat kejadian kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh sebatang pokok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya dua lagi mangsa yang cedera ringan ialah anak Norashimah, Nur Nazatul Isma Ahmad Faizal, 10, dan anak Normala, Muhammad Fakrul Hakimi Imrol, 12, manakala dua lagi penumpang kereta berkenaan yang juga anak Normala iaitu Nur Nazaliza Abdullah,14, dan Muhammad Khairul Yazid Imrol, 10, tidak cedera.

Azli berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd