Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

PKR Kutuk Hadi Awang...

KUCHING - Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

“SPRM Perlu Bukti Kata...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberi bukti yang kukuh terhadap...

Lima Kelemahan Urus Tanah...

JOHOR BAHARU - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mengesan lima...

Khairy Beri Kata-Kata Semangat...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Datuk...

Seolah-Olah Islam Terbenih Daripada Fikiran Mereka

KUALA LUMPUR – Ramai pendakwah agama hari ini berdakwah tanpa guru untuk menasihati dan membimbing mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, situasi itu menjadikan seolah-olah Islam itu tercipta hasil fikiran mereka.

“Seolah-olah Islam itu terbenih dari otak fikir mereka yang tidak bersih akibat campur aduk dengan pemikiran asing yang berlawanan dengan agama.

“Tanpa mereka sedar, mereka telah melakukan jenayah terhadap agama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, umat Islam selepas kewafatan baginda (Nabi Muhammad S.A.W) telah menerima Islam yang sempurna.

Justeru, katanya, mencacatkannya dengan ajaran yang separuh-separuh dan terpilih adalah jenayah yang nyata terhadap Islam.


“Ia merosakkan Islam sebelum penganutnya secara sengaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bukan mudah menjadi pendakwah kerana ia adalah tanggung jawab yang berganda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori