• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selebriti Popular Banjiri Perhimpunan UMNO 2017

oleh
08/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMAAT merupakan hari keempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Hasil daripada tinjauan kami mendapati ribuan perwakilan ahli parti Melayu terbesar dunia itu yang datang dari seluruh negara membanjiri dan berkampung di lokasi berkenaan.

Bukan itu sahaja, malah antara ramai-ramai yang membanjiri itu turut kelihatan beberapa selebriti terkenal tanah air hadir bagi memeriahkan agenda terbesar kerajaan tersebut.

Menerusi posting terbaru di Instagram milik pengarah terkenal, Erma Fatima ada memuat naik beberapa foto dan video memaparkan keberadaan beliau di perhimpunan berkenaan.

Menurut Erma, tahun ini merupakan pengalaman pertama beliau bersama ‘turun padang’ menyertai perhimpunan terbesar parti pemerintah kerajaan berkenaan.

Erma berkata lagi, tujuan beliau berada di PAU berkenaan juga ekoran ingin melihat serta mendengar sendiri semangat bangsa terbesar negara dalam mempertahankan maruah Melayu.

“Pertama kali aku masuk ke dalam persidangan yang dipenuhi dengan laut semangat merah menyala ini. Aku mahu melihat dan mendengar semangat MELAYU.

“Semangat MELAYU yang diturunkan oleh datuk moyang kita berpuluh tahun dulu untuk anak bangsanya. Semangat panglima dan srikandi MELAYU.

“Semangat pejuang-pejuang yang menggadaikan harta dan nyawa demi maruah MELAYU. Semangat yang tidak lapuk di makan zaman, tak lekang dek teknologi.

“Semangat yang cintakan agama, bangsa dan negara. Semangat yg tak me-LAYU kan peradaban kita. SEMANGAT ITU YANG AKU CARI DISINI. 😢😢😢😢😢,” tulisnya menerusi salah satu posting tersebut.

Sementara itu, antara selebriti lain yang turut sama menghadiri perhimpunan ialah pengarah filem, Suhaimi Baba dan Datuk Yusof Haslam, pelakon, Arja Lee, Vanida Imran serta penyanyi, Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa lebih ramai artis yang ‘turun padang’ berbanding segelintir kecil yang diketahui cenderung pembangkang sibuk ‘meroyan’ di media sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Erma FatimaPerhimpunan Agung UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd