• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selat Melaka Bebas Ancaman Lanun Sejak 4 Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
10/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengkuatkasaan bersepadu telah dilaksanakan oleh Jabatan Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang menjaga keselamatan kapal-kapal daripada ancaman lanun.

“Pihak keselamatan negara juga berkerjasama sama dengan pihak berkuasa negara jiran Singapura dan Indonesia dalam menjaga keselamatan perairan di selat tersebut,” katanya kepada media selepas acara Larian Maritim 2017 di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya kejayaan Malaysia yang berjaya menduduki kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019 bagi penggal ketujuh berturut-turut, menunjukkan pengiktirafan dunia kepada Malaysia dalam sumbangan dan kepentingan dalam sektor maritim antarabangsa.

“Kejayaan ini akan lebih memberi semagat kepada kerajaan dan pihak berkaitan untuk terus memberi sumbangan kepada sektor maritim terutamanya dari segi perkongsian kemahiran teknikal dan latihan di antara negara anggota,” katanya. – BERNAMA

Tags: LanunSelat Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keputusan Unilateral Di Selat Melaka, Malaysia Tegas Kekal Konsensus ASEAN

Tiada Keputusan Unilateral Di Selat Melaka, Malaysia Tegas Kekal Konsensus ASEAN

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan keselamatan dan pengurusan di Selat Melaka tidak boleh dibuat secara unilateral,...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd