• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Rekodkan 44,884 Kes Denggi Hingga Semalam

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selangor merekodkan 44,884 kes denggi untuk tempoh 1 Januari 2017 sehingga semalam berikutan sikap kerajaan negeri yang enggan bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp.), Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Katanya jumlah itu menunjukkan perbezaan ketara berbanding dengan negeri yang merekodkan jumlah kes denggi kedua tertinggi iaitu Johor dengan 7,877 kes dan Kuala Lumpur dengan 7,739 kes.

“Perbezaan yang ketara ini antara puncanya adalah sikap kerajaan negeri Selangor yang keberatan untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat dalam menangani masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Sosial (PTS) peringkat Selangor anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di perkarangan Rumah Pangsa PKNS Seksyen 20 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N. Jayaselan dan Ketua Persatuan Penduduk Rumah Pangsa PKNS Seksyen 20, Shah Alam, Mohd Bakhtiar Kalam.

Mat Nadzari yang juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Batang Kali berkata, kerajaan pusat memperuntukkan jumlah yang besar untuk membasmi denggi di seluruh negara, namun akibat sikap keras kepala kerajaan negeri, kes denggi di negeri ini terus meningkat.

“Mereka (kerajaan negeri) lebih suka berpolitik dan meletakkan banyak kekangan daripada memberi kerjasama secara holistik dalam perkara ini,” katanya.

Mengulas mengenai program PTS yang dijalankan serentak di Kota Damansara, Kuala Langat dan Rawang, Mat Nadzari berkata ia bertujuan antaranya untuk mewujudkan kejiranan indah yang mampan dengan penglibatan masyarakat setempat terhadap program dan aktiviti yang dijalankan selain untuk mewujudkan nilai kebertanggungjawaban terhadap kawasan setempat meliputi aspek keselamatan dan kebersihan.

Sementara itu, Mohd Bakhtiar berkata penganjuran program berkenaan di kawasan itu memudahkan penduduk untuk menyalurkan permasalahan mereka kepada pihak KPKT seperti masalah kutipan sampah dan mengindahkan taman permainan.

“Selain itu ,penduduk di sini juga dapat tahu lebih lanjut perkhidmatan yang disediakan oleh KPKT dan agensi berkaitan dengannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Denggiselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd