• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raub Dilanda Banjir Sekali Lagi, 235 Mangsa Terjejas

oleh Ahmad Albab
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Raub sekali lagi dilanda banjir dengan jumlah mangsa yang dipindahkan kali ini lebih ramai, iaitu melibatkan 235 mangsa daripada 64 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindah sementara setakat 6 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata kesemua mangsa mula dipindahkan secara berperingkat sejak 9.15 malam semalam setelah kediaman mereka mula dinaiki air berikutan hujan tidak berhenti sejak tengah hari.

“Pusat pemindahan pertama yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Temau iaitu pada 9.25 malam semalam dengan menempatkan seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga diikuti Dewan Kampung Pia yang menempatkan paling ramai mangsa iaitu 92 orang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya selain itu, pusat pemindahan lain yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Ulu Sungai (30 mangsa), Balai Raya Kampung Sega Lama (30 mangsa), SK Kampung Chenua 46 (orang), Balai Raya Ulu Rengol (tiga orang) dan Masjid Jamek Kuala Semantan (23 orang).

Dalam masa sama, beliau berkata paras air Sungai Lipis di stesen Batu Malim kini telahpun melepasi paras bahaya iaitu 115.2 meter dan terus menunjukkan trend meningkat, manakala air Sungai Dong pula berada pada paras amaran dengan kedalaman 118.4meter.

“Air Sungai Gali di Jambatan Gali juga berada pada paras amaran iaitu 112.3 meter dengan menunjukkan trend meningkat dan ini boleh mengakibatkan kawasan rendah yang terletak berhampiran dengan kesemua sungai ini berisiko dilimpahi air,” katanya.

Sehubungan itu, Zainal meminta kesemua penduduk di kawasan berhampiran supaya sentiasa bersiap sedia jika diminta untuk berpindah oleh pihak penguat kuasa dan menyimpan semua barang serta dokumen berharga di tempat yang selamat.

Sebelum ini pada 2 hingga 4 Dis lalu, hanya tiga pusat pemindahan sementara dibuka di Raub dengan menempatkan seramai 71 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Melayu Cheroh, Kampung Ulu Sungai dan Kampung Kuala Semantan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd