• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raikan Anugerah TV Islam Terbaik Asia Dengan Web TV

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI tanda menghargai sokongan penonton TV AlHijrah mengumumkan layaran percuma ke web tv stesen itu bermula Sabtu lalu.

“Kami sudah mengukuhkan jenama sebagai stesen Islam terbaik di Asia, justeru kami ingin berkongsi platform tontonan atas talian dengan seluruh penduduk dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Datuk Izelan Basar.

Alhijrahmedia.com mula beroperasi sejak 2014, setakat ini dilawati lebih 15 juta pelayar dan memiliki lebih 20 ribu pelanggan. Selain pelanggan tempatan, siaran atas talian itu turut popular di Singapura, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Mesir, Jordan, United Kingdom dan Jerman.

Laman web itu menyediakan lebih 20 ribu jam program dengan pelbagai judul popular terutama 30 Minit Ustaz Don, Syamsul Debat, Reflection, Duo Syamsul dan Kalam Hikmah.

Penonton juga dapat menonton pelbagai judul drama dan dokumentari yang bertemakan Islam yang turut memenangi pelbagai anugerah tempatan dan pencalonan antarabangsa.

“Drama Kitab Cinta terbitan Erma Fatima lakonan Fazura, telemovie Mentari Terbit Lagi yang memenangi 7 anugerah di Anugerah Skrin serta dokumentari yang turut memenangi pelbagai anugerah Dengan Basikal Aku Menjelajah antara program terbaik yang kami sediakan bagi tontonan percuma selama tiga bulan ini,” kata Izelan.

Selain itu, penonton berpeluang menonton pelbagai konsert muzikal Islamik yang disiarkan sempena Maal Hijrah.

Bagi yang berminat, anda hanya perlu:

1) Layari laman web www.alhijrahmedia.com.
2) Kemudian klik pada butang pendaftaran.
3) Pilih ‘premium registration (Free for 3 Month): Premium’ untuk mendaftar.
4) Isi borang pendaftaran.
5) Klik butang ‘Register My Account’ setelah selesai mengisi borang.
6) Log masuk dengan menggunakan username dan password seperti yang didaftarkan.

“Melalui kempen penghargaan istimewa selama tiga bulan ini, kami berharap kandungan atas talian kami mampu memberikan lebih nilai pilihan pada pelayar atas talian untuk menikmati kandungan patuh syariah,” kata Izelan.

TV AlHijrah diumumkan sebagai Stesen Islam Terbaik Asia pada Asia Halal Brand Award (AHBA) yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TV ALHijrahWeb TV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Mangsa Pertama Banjir Di Sarawak

Next Post

Budak 5 Tahun Hilang Lepas Ditinggalkan Bapa Di Hutan

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

Next Post

Budak 5 Tahun Hilang Lepas Ditinggalkan Bapa Di Hutan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd