• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN: Hanya 2 Daripada 2.8 Juta Diisytihar Muflis

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya dua peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytiharkan muflis oleh institusi itu sejak penubuhannya pada 1997, kata Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

“Perisytiharan muflis terpaksa dibuat setelah peminjam tidak dapat mematuhi keputusan mahkamah yang telah ditetapkan,” kata Shamsul Anuar, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO.

Beliau berkata fakta itu sendirinya menangkis dakwaan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menuduh PTPTN sebagai institusi yang zalim kerana kononnya sering memufliskan peminjamnya.

“Berbanding dengan institusi kewangan lain yang memberi pinjaman pelajaran, PTPTN adalah institusi yang paling fleksibel, paling longgar dan paling ringan untuk berunding,” katanya di Pejabat Biro Kebajikan UMNO di sini hari ini.

Mengenai peminjam PTPTN yang disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), beliau berkata ia adalah polisi biasa yang diamalkan mana-mana institusi kewangan di negara ini.

Hairan dengan suara-suara sumbang dan kurang berpuas hati apabila PTPTN mengambil tindakan tersebut walaupun ia turut dilakukan institusi lain, Shamsul Anuar berkata: “Mereka (pembangkang) melihat isu PTPTN adalah topik utama dalam kalangan rakyat dan mereka mahu menggunakan isu ini untuk menarik perhatian generasi muda yang merupakan majoriti peminjam kita.

“Cara dan trend pembangkang melihat PTPTN ketika ini sedikit berubah, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggunakan PTPTN untuk menyerang kerajaan, kononnya kalau mereka menang maka PTPTN akan dimansuhkan, namun sekarang dia pula mahu PTPTN kekal namun perlu ubah beberapa dasar,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai isu sekatan imigresen, Shamsul Anuar berkata perkara itu bukanlah baharu malah ia selaras dengan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 (Akta 566) yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam.

Bagaimanapun, katanya, hanya 17 peratus atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.

“PTPTN berpandangan mereka yang ke luar negara adalah mereka yang mampu membuat bayaran balik. Buktinya sejumlah RM1.54 bilion dikutip PTPTN daripada mereka yang membuat bayaran balik selepas nama mereka disenarai hitam,” katanya dan menambah jumlah itu mampu menampung 64,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd