Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

JAS Aktifkan 2 Pelan...

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan...

Selangor Hasil 8,765 Juta...

KUALA LANGAT: Selangor dijangka berupaya menghasilkan 8,765 juta liter air sehari (JLH) menjelang...

Ameer Forteen Selamat Bergelar...

“DEBARAN nak naik pelamin sangat berbeza. Rasa berdebar ketika hendak membuat persembahan nyanyian...

Anwar Mahu Selesaikan Isu...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin beberapa isu yang...

PRU14: UMNO Semporna Sedia Gerakkan Jentera IT

SEMPORNA – UMNO Bahagian Semporna bersedia menggerakkan jentera teknologi maklumat (IT) dengan menumpukan kepada media sosial sebagai medium kempen dalam mendekati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pemangku Ketua UMNO Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata selain itu, jentera IT bahagian itu berusaha menangkis dakyah pembangkang selain menjawab isu yang dibangkitkan parti lawan.

“Jentera IT kami akan berusaha menangkis maklumat palsu dan fitnah yang ditularkan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Usahawan Semporna (KUS) di Dewan Marin di sini hari ini.

Nasir berkata demikian semasa diminta mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mahu jentera pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional menggunakan media sosial secara optimum dalam PRU14 nanti.

Sementara itu, Nasir berharap lebih ramai masyarakat di daerah Semporna menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya untuk menyara dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Beliau berkata tahun ini, terdapat 2,500 sahabat Amanah Iktihar Malaysia (AIM) daerah itu dengan jumlah pinjaman RM 9.5 juta.


Mengenai Tamu Jeti Balimbang di Pulau Bum Bum yang akan dirasmikannya hari ini, Nasir berkata ia bakal membuka peluang perniagaan kepada penduduk Semporna termasuk di pulau berkenaan.

“Peniaga dari tanah besar Semporna juga digalakkan memeriahkan tamu ini. Saya berharap tamu Jeti Balimbang akan mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk sekitar, “katanya. – BERNAMA

Kategori