Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Saksi Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis mencari individu atau orang awam yang boleh memberi maklumat...

Kumpulan Mahu Guling Amirudin...

SHAH ALAM - Pihak yang merancang untuk menggulingkan Amirudin Shari daripada jawatan Menteri...

Belanjawan 2019 Perak Dibentang...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan membentangkan Belanjawan 2019 pada 27 Nov ini,...

Lebih Ramai Peserta Baju...

BAGAN DATOH - Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju...

Polis Tersilap Maklumat Ragut Dua Nyawa

MANILA – Sepuluh anggota polis digantung tugas selepas tersilap menembak sebuah kenderaan yang menyebabkan dua penumpangnya mati, kata ketua polis yang mengarahkan siasatan dilakukan segera terhadap insiden berkenaan.

Ketua Polis Metro Manila, Oscar Albayalde berkata, polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang membawa 10 orang itu kerana menyangkakan ia dipandu oleh suspek yang menyerang seorang wanita.

Sebenarnya, wanita terbabit – mangsa tembakan sebelum itu – berada dalam kereta berkenaan tetapi polis Mandaluyong disalurkan maklumat salah bahawa penumpang kenderaan itu mempunyai senjata.

“Kami tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Bagaimanapun, Ketua Polis Mandaluyong juga digantung tugas sementara waktu sehingga siasatan selesai.

“Kami tidak menyembunyikan apa-apa di sini dan tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk pelanggaran prosedur atau tindakan keterlaluan,” katanya. – Reuters/myMetro Online

Kategori