• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Menyamar Anggota Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan kegiatan samun bersenjata di sebuah ladang tembikai di Sungai Tiang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata suspek ditahan pada jam 4.23 petang semasa cubaanya untuk menyamun kali kedua seorang pekerja ladang tembikai yang merupakan warga Indonesia berusia 32 tahun.

“Semalam suspek datang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda di tempat sama, namun mangsa yang mengenali suspek kemudian menghubungi penyelianya sebelum penyelia ladang datang dan mereka sama-sama menangkap suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Modus operandi suspek ialah dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menyelak pinggang dengan menunjukan ‘pistol’ palsu yang diselitkan untuk menakutkan mangsa untuk meminta wang dan menyasarkan kebun-kebun terpencil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Pendang hari ini.

Fadzil berkata terdahulu pada dua hari lalu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Tiang selepas disamun oleh suspek itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM200.

Berikutan itu, pihaknya merampas sehelai jaket warna hitam, sepucuk pemetik api menyerupai pistol dan radio kecil menyerupai ‘walkie-talkie’ yang digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan itu.

Fadzil berkata semakan lanjut polis mendapati suspek mempunyai 17 rekod kesalahan jenayah lampau termasuk samun dan lelaki itu juga baru sahaja keluar penjara tidak sampai setahun kerana samun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis dan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: menyamar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd