• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki, Kesan 4 Lagi Geng Pecah Kedai

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki dan sedang mengesan empat lagi rakannya bagi membantu siasatan kes pecah kedai telefon bimbit di Jalan Perai Jaya 2, di sini dan kecurian 21 telefon bimbit bernilai RM15,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan lelaki berusia 20-an itu di sebuah rumah di Teluk Indah, Perai, di sini kira-kira pukul 6.45 pagi ini.

“Hasil pemeriksaan polis menemui dua buah telefon bimbit yang dilaporkan dicuri dari kedai berkenaan dalam kejadian 23 Nov lepas,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pecah kedai berkenaan bersama empat lagi rakannya termasuk beberapa lagi kes pecah kedai telefon bimbit di sekitar Butterworth dan Bukit Mertajam sejak lima bulan lepas.

Katanya identiti empat rakannya itu telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di Taman Pelangi, di sini kira-kira pukul 3 pagi hari ini kerana terlibat dalam kegiatan samun di sekitar daerah SPT.

Katanya hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau berukuran 30 sentimeter bersama lelaki itu dan dipercayai digunakan dalam kegiatan samun bersenjata sejak beberapa bulan lepas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis percaya dia terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata di daerah SPT. Lelaki yang turut positif dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reman Warga Emas Dera Amah Disambung 7 Hari

19/02/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Tempoh reman warga emas yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai...

Bayi Perempuan 46 Hari Didera Meninggal Dunia

16/02/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai didera anggota keluarganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd