• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan 46 Hari Didera Meninggal Dunia

oleh AK-47
16/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai didera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mangsa yang dilahirkan pada 30 Disember lepas itu meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi ini.

“Menurut bapa mangsa, anak keduanya itu didapati enggan meminum susu sejak malam tadi dan semakin lemah pagi ini sebelum dia serta isterinya membawa bayi berkenaan ke sebuah klinik swasta di kawasan Sungai Rambai, di sini.

“Semasa di klinik itu, doktor mendapati denyutan jantung bayi berkenaan semakin lemah dan mengarahkan mereka membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini.

Beliau berkata dalam perjalanan ke hospital, bayi itu didapati tidak bergerak dan ibu bapanya berpatah balik ke klinik swasta berkenaan sebelum doktor mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan awal dan imbasan X-ray yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk patah kaki.

Difahamkan terdapat beberapa kesan luka dan lebam lama di badan bayi malang itu.

Katanya, polis mengambil keterangan ibu dan bapa bayi berkenaan sebelum menahan bapa bayi itu yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan.

“Lelaki berusia 22 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi mendapatkan perintah reman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata bedah siasat ke atas bayi itu akan dibuat di HSJ esok bagi mengetahui punca sebenar mangsa meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reman Warga Emas Dera Amah Disambung 7 Hari

19/02/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Tempoh reman warga emas yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai...

3 Lelaki Geng Motosikal Ditahan Di Bukit Mertajam

25/12/2017
0

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga anggota geng curi motosikal termasuk seorang warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd