• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Punca Kebakaran Di Pusat Jagaan Orang Tua

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis masih lagi menyiasat punca kebakaran sebuah pusat jagaan rumah orang tua di Persiaran Sungai Long di sini yang mengorbankan lima mangsa, kira-kira 5 pagi ini.

Mangsa yang terkorban ialah Leow Chong Fah, 60, (lelaki) Kwan Sak Seen, 60, (lelaki), Teo Hoi Foo, 60, (wanita) dan Lai Sew Ying, 70 (wanita) manakala seorang lagi warden Awis Muhammad, 25, (lelaki).

Seorang mangsa lelaki yang terselamat berusia 70 tahun, dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut manakala tiga lagi warden berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata siasatan melibatkan unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Polis masih menyiasat sama ada premis ini ada permit operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir pusat tersebut baru dua bulan beroperasi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bawah sebelum mula merebak ke bahagian lain.

“Api dipercayai bermula di bahagian ruang tamu dan ketika kebakaran berlaku terdapat sembilan penghuni dalam pusat jagaan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, anggota Majlis Perbandaran Kajang Lai Wa Chong berkata premis berkenaan tidak mempunyai permit untuk beroperasi daripada pihak berkuasa tempatan.

“Saya tidak pasti premis ini ada berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau tidak dan pihak saya sedang menyemak status permit rumah berkenaan,” katanya.

Saksi kebakaran, yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 50, melihat kebakaran itu ketika hendak menunaikan solat subuh di surau berdekatan.

“Saya nampak api kecil di rumah banglo itu tetapi selepas solat subuh api telah marak dan saya lihat bomba sedang mencari punca air,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd