• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mempergiat Operasi Perangi Kongsi Gelap

oleh Ahmad Albab
19/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata polis akan mempergiat operasi dan tindakan memerangi kegiatan kongsi gelap di negara ini.

Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman akan bertindak mempergiat operasi mencegah dan membanteras kegiatan ini, katanya.

“Pihak polis akan terus mengambil tindakan terhadap semua kumpulan kongsi gelap…polis sedang melakukannya (perang terhadap kongsi gelap). Tiada hari tanpa operasi,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas perhimpunan bulanan warga kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana pertubuhan haram sama ada yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 atau akta-akta lain.

Timbalan perdana menteri berkata demikian semasa mengesahkan kejadian pembunuhan seorang lelaki di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor, Ahad lalu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan empat lelaki dikenal pasti sebagai ketua kumpulan kongsi gelap.

“Pihak polis sedang giat menjejaki dan memburu keempat-empat lelaki berkenaan. Mereka tidak akan terlepas daripada tindakan polis.

“Kita yakin terdapat perselisihan antara dua kumpulan kongsi gelap tersebut. Siasatan terperinci akan dilakukan,” kata Ahmad Zahid.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Timbalan perdana menteri berkata dalam pada itu polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam kumpulan-kumpulan kongsi gelap itu.

“Polis sentiasa bersiap siaga melakukan operasi dan mengambil tindakan jika ada pembalasan antara kumpulan kongsi gelap berbeza. Itu adalah budaya mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis telah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh berkenaan dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd