• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Tahniah Qobin Berjaya Tawan Kutub Selatan

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada penjelajah negara Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang telah menjadi penjelajah pertama yang mendapat gelaran Grand Slam di Malaysia.

Tahniah kepada penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atas kejayaan penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer dan bakal diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam. #Negaraku #kebanggaanku

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) 29 December 2017

“Tahniah kepada penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atas kejayaan penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer dan bakal diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam. #Negaraku #kebanggaanku,” kata Najib menerusi status Twitternya.

BACA: Qobin Penjelajah Grand Slam Malaysia Pertama

BACA: Qobin Selamat, Terus Semangat Tempuhi Cabaran

Qobin, 36, yang mengetuai Ekspedisi Grand Slam Malaysia 2017 menerusi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), tiba di Kutub Selatan pada 4.05 petang semalam (11.05 pagi semalam di Malaysia) bersama-sama enam penjelajah lain dan pemandu.

Dia telah berjaya menakluki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di antara tahun 2004 dan 2010 dan meneroka Kutub Artik pada April tahun ini.

Dengan kejayaannya di Kutub Selatan, Qobin menjadi rakyat Malaysia pertama, kedua dari Asia Tenggara dan Muslim yang ketiga dan lelaki paling muda di dunia sebagai penjelajah Grand Slam, dan menyertai 70 penjelajah lain yang turut telah mencapai kejayaan itu. Tahniah Qobin! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Mak Pergi Sebelum Hajat Kami Tunaikan Umrah” – Zul

Next Post

Mira ‘Pindah’ Nona, Juliana Kini Hos Mahligai Cinta

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Mira 'Pindah' Nona, Juliana Kini Hos Mahligai Cinta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd