• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Di Istanbul Hadir Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Selasa malam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan diadakan Rabu.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul pada 10.20 malam (waktu Malaysia 3.20 pagi, Rabu).

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Dis 2017, yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Sidang Kemuncak itu didahului Mesyuarat Pegawai Kanan pada Selasa, diikuti Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar pada keesokan harinya.

Persidangan itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan membincangkan kesan berikutan pengumumam pentadbiran AS untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Penglibatan Malaysia dalam sidang kemuncak itu mengukuhkan lagi komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapatkan hak mereka untuk sebuah negara Palestin merdeka, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd