• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Sampaikan Anugerah Ikon Puteri UMNO

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan Anugerah Ikon Wanita Muda kepada enam penerima yang cemerlang dalam pelbagai bidang, pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di sini.

Mereka yang menerima anugerah tersebut adalah atlet boling padang Emma Firyani Saroji (kategori sukan); Nur Zalikha Mohd Sabri (keusahawanan); Dr Aizan Sofia Amin (kajian dan penyelidikan); Datuk Hanimzah Jalaludin (agama) dan Shariffah Mariam Syed Abdullah atau lebih dikenali Sherry Alhadad (seni).

Anggota Jawatankuasa Puteri UMNO Rompin, Wan Noraini Zainurian yang merupakan orang kurang upaya (OKU) diberikan Anugerah Khas atas kecemerlangannya dalam sukan badminton.

Sementara itu, Dr. Aizan Sofia yang merupakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditemui berkata beliau akan memperkasakan kajian berhubung latihan intervensi pemerkasaan OKU.

Dr. Aizan Sofia yang kehilangan kaki kanan pada usia 16 tahun akibat kanser tulang berhasrat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai meskipun mempunyai kekurangan.

“Saya mahu menjadi perintis yang terlibat dalam pengajian hilang upaya dan menggalakkan lebih ramai orang untuk melakukan kajian dalam bidang ini,” katanya.

Pada majlis itu, Najib juga menyampaikan hadiah kepada tiga bahagian Puteri UMNO yang berjaya menambah keanggotaan wanita muda dalam sayap parti itu.

Ketiga-tiga bahagian di Terengganu itu adalah Kuala Nerus yang memperoleh penambahan terbanyak iaitu 348 anggota diikuti Kuala Terengganu (232) dan Marang (226). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPerhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd