• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Pertikai Program Kitar Semula Ubat-Ubatan

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertikaikan program kitar semula ubat-ubatan oleh Kementerian Kesihatan yang bertujuan mengurangkan pembaziran ubat-ubatan di seluruh negara.

Pengerusi Biro Integrasi Nasionalnya, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar mempersoalkan sama ada program kitar semula ubat-ubatan itu adalah disebabkan Kementerian Kesihatan konon sedang mengalami kekangan kewangan.

“Terdapat kes seorang doktor di hospital kerajaan mendakwa ubat-ubatan di klinik dan hospital kerajaan yang dahulunya didapati berkesan sehingga 70 hingga 80 peratus kini diganti dengan ubat yang berkualiti lebih rendah.

“Adakah ini disebabkan penggunaan ubat yang dikitar semula? Ia bukan sahaja beri kesan kepada pesakit malah impak kepada kadar produktiviti negara yang akan berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Santhara berkata, konon ubat-ubatan yang digunakan semula itu jika tidak diperiksa mengikut prosedur khas boleh mengancam kesihatan pesakit termasuk risiko berlaku keracunan.

Dakwa beliau, kebanyakan ubat-ubatan yang dipulangkan semula kepada hospital telah disimpan di merata tempat yang meningkatkan lagi kemungkinan ubat-ubatan tersebut menjadi rosak.

“Apa jaminan daripada kerajaan dan kementerian agar ubat yang dipulangkan semula dan kemudian diberikan kepada pesakit yang memerlukan adalah selamat?” katanya lagi.

Justeru, katanya, kerajaan perlu memberi penekanan terhadap kualiti ubat-ubatan di negara ini memandangkan kos perubatan semakin meningkat setiap tahun.

“Kerajaan sepatutnya menggunakan hasil kutipan cukai untuk menampung kos perubatan di negara ini,” katanya.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azman Abu Bakar baru-baru ini bagaimanapun menjelaskan, Kementerian Kesihatan tidak sewenangnya mengitar semula bekalan ubat klinik atau hospital kerajaan yang dikembalikan oleh pesakit.

Menurut beliau, kementerian itu mematuhi prosedur khas untuk memeriksa status semua jenis bekalan ubat yang dipulangkan bagi menentukan ia selamat untuk digunakan kembali.

“Memang kita ada minta bekalan ubat dipulangkan apabila tidak digunakan, tapi kita tidak terima begitu sahaja kerana ubat harus diperiksa sama ada boleh digunakan sebelum diberikan kepada pesakit yang memerlukan,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr. R. Santhara KumarPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd