• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih “Dacing” & Malaysia Akan Terus Cemerlang

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua mata tertumpu terhadap individu penting hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa beliau menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO di sini – perhimpunan terakhir parti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan awal tahun depan.

Dalam tempoh satu setengah jam, perdana menteri dan presiden UMNO itu mendedahkan rancangan dan harapannya terhadap Malaysia dan 32 juta penduduknya jika Barisan Nasional, dan UMNO sebagai tulang belakangnya, kembali berkuasa untuk penggal lima tahun lagi.

Disokong dengan rekod prestasi pencapaian yang tidak dapat disangkal lagi, beliau menghuraikan kepada audien seramai 5,000 penyokong setia parti itu, tentang pelbagai perkara menarik kenapa UMNO dan BN harus terus berkuasa mentadbir pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya.

Dan beliau melakukannya dalam ucapan yang tersusun rapi, sambil mengakui bahawa beliau mengambil masa lama untuk mengumpulkan semua perkara itu melalui beberapa siri dialog, perbincangan hati ke hati dan sesi percambahan idea dengan pelbagai pihak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, menegaskan tentang apa yang harus dilakukan parti dalam fasa terakhir menuju PRU14 dan ucapan beliau disulami dengan penceritaan pelbagai kejayaan yang dicapai di bawah kepimpinanya selama lapan tahun dan sambil itu membidas tindak tanduk pembangkang terutama yang cuba memperkecilkan peranan BN.

Dalam ucapan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Najib berkata kemenangan PRU14 akan menjadi milik mereka jika anggota parti bersedia untuk bekerja sebagai satu pasukan bersenjatakan mentaliti menang, semangat juang kental mengenepikan segala cubaan sabotaj pihak lawan.

Beliau meletakkan pilihan sama ada memilih ‘dacing’ dengan UMNO dan BN untuk membawa Malaysia terus menuju puncak kejayaan atau menghadapi kemunduran jika mengundi pembangkang.

Pemimpin UMNO itu juga memberi amaran terhadap politik persepsi, pembohongan dan cerita tidak benar yang disebarkan pembangkang hingga menjejaskan imej UMNO dan kerajaan dalam pilihan raya umum yang lepas.

Beliau mengimbas dakwaan kononnya wujud 40,000 pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh dan kekecohan terhadap penggunaan dakwat kekal yang dikatakan mudah luntur oleh pihak pembangkang yang cuba menggagalkan usaha kemenangan BN ketika itu.

Najib menggesa lebih tiga juta anggota UMNO dan anggota BN yang berjumlah lebih tujuh juta supaya menjadi tentera siber membantu mematahkan serangan persepsi negatif terhadap parti dan terus menyebarkan kebenaran.

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd