Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Hakim Tarik Diri Dengar...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan...

PPBM Perjuang Agenda Bumiputera...

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan memperjuangkan Agenda Bumiputera baharu yang...

Buka Semula Kes Ibrahim...

Lanjutan kenyataan dari Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab Bible dalam Bahasa Melayu,...

6 Pasukan Sertai Piala...

KUALA LUMPUR - Skuad remaja negara akan membuka cabaran mereka menentang England di...

Kereta Api Bukit Bendera Beroperasi Semula

GEORGE TOWN – Perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera akan beroperasi semula pada Sabtu selepas ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pemulihan dan pembaikan akibat keadaan cuaca ekstrem bulan lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perkhidmatan yang terhad telah disediakan untuk pengusaha perniagaan dan pihak-pihak berkepentingan dari 27 hingga 29 Disember untuk memudahkan kerja-kerja bagi menyambung semula perkhidmatan dan perniagaan seperti biasa pada 30 Disember.

“Sebanyak 194 kejadian tanah runtuh berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala dan menghalang bukan sahaja laluan akses ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.

“Kawasan paling teruk terjejas akibat hujan lebat dan banjir paling buruk di Pulau Pinang ialah kawasan-kawasan yang belum dimajukan. Kawasan tersebut yang lereng bukitnya tidak mempunyai perlindungan terdedah kepada bencana alam dengan 194 insiden tanah runtuh dilaporkan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 November lepas menyebabkan Lim merayu bantuan daripada kerajaan Persekutuan.

Banjir mengorbankan tujuh nyawa dan angin kencang serta hujan lebat menyebabkan kerosakan hartanah selain mengakibatkan pokok-pokok tumbang di beberapa kawasan.

Lim berkata walaupun laluan jip dari Kebun Bunga ke puncak bukit telah dibersihkan, kerja-kerja pemulihan jangka panjang secara ekstensif masih perlu dijalankan untuk mengelakkan insiden tanah runtuh seterusnya.


Beliau berkata laluan di puncak, jalan utama di atas bukit, dan jalan terowong atas telah dibersihkan sepenuhnya tetapi akses di kawasan-kawasan tertentu masih belum pulih.

“Kerja-kerja pembersihan di laluan terowong bawah tanah telah 80 peratus siap. Beberapa bahagian mengalami kerosakan dan tidak dapat dilalui. Kerja-kerja memindahkan tanah dan pokok yang tumbang di jejambat pula telah 70 peratus siap. Sebahagian daripada jejambat di barat masih dihalang oleh tanah runtuh,” kata beliau.

Beliau berkata hanya enam daripada 10 lorong kecil sedia ada boleh dilalui dan empat lorong kecil ditutup kepada orang ramai untuk sementara. – BERNAMA

Kategori