• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan UMNO-PAS Di Putrajaya Demi Palestin

oleh
17/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANAMA – Langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin PAS di Putrajaya, Jumaat ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, parti tonggak Barisan Nasional berkenaan dan PAS perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad.

Turut sama ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Najib berkata, beliau juga akan menjelaskan pendirian rasmi Malaysia berhubung perkara tersebut.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini.

Keputusan Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: Isu BaitulmaqdisOICPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menutup Masjid Al-Aqsa serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd