• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Cedera Rempuh Beruang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seekor beruang matahari mati selepas dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 347.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun, di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.50 petang itu, penunggang motosikal terbabit, Ahmad Hafizzudin Zulkipli, 29, mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh apabila merempuh haiwan berkenaan.

Ketika kejadian, Ahmad Hafizuddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kuala Terengganu.

Setiba di tempat kejadian, seekor beruang secara tiba-tiba melintas di lokasi menyebabkan Ahmad Hafizuddin merempuhnya selepas gagal mengelak.

Rempuhan terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan namun bernasib baik kerana hanya cedera di bahagian dagu.

Mangsa kemudiannya dihantar orang ramai ke Hospital Dungun untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Anggota Peronda Lebuh Raya LPT2 yang tiba di tempat kejadian bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sebelum bangkai haiwan terbabit dibawa anggota PERHILITAN untuk siasatan lanjut. – Berita Harian

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd