• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Kecewa Tindakan Pentadbiran Felda Terdahulu

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP) Felda hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pentadbiran Felda terdahulu yang tidak pernah memaklumkan berkenaan pertukaran hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Anggota Lembaga Pengarah JKKP merangkap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Samsuddin Othman berkata pihaknya berasa teraniaya dan menganggap ia sebagai cubaan untuk menggadai aset lembaga kemajuan tanah berkenaan.

“Ia menunjukkan pentadbiran terdahulu tidak telus dan banyak berselindung mengenai perancangan projek di tanah berkenaan serta berlaku kelemahan dalam pentadbirannya,” katanya yang ditemui pemberita pada mesyuarat JKPP di sini, hari ini.

Samsuddin menjelaskan beliau hanya dimaklumkan tentang pembangunan awal projek di tanah Felda di Jalan Semarak, namun tidak diberitahu berhubung pertukaran hak milik tanah tersebut.

“Pentadbiran terdahulu banyak berselindung dan bertindak tanpa mengambil kira pandangan pihak lain khususnya warga peneroka di mana selepas tiga bulan perjanjian pembangunan dimeterai, baru dimaklumkan kepada pihak lembaga,” katanya.

Samsuddin sehubungan itu berkata beliau mewakili peneroka Felda mahu tanah strategik itu dikembalikan semula kepada Felda.

Beliau berkata JKPP yang mewakili lebih 100,000 peneroka turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mendapatkan kembali tanah Felda itu.

Pada 21 Disember lepas media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Dikatakan lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda sudah ditukar nama kepada syarikat lain pada 2016 dan pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporation (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 2014 serta diberi surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya. – BERNAMA

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd