Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Sarawak Sedia Pertimbang Ambil...

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak sedia pertimbang untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu, yang...

Jual Air Zam Zam...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air...

LTTE: 24 Februari Urus...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Feb sebagai pengurusan kes...

RM15 Juta Bukan Dana...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan...

Pekerja Kilang Warga Myanmar Mati Ditikam

IPOH – Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemukan mati dipercayai ditikam manakala adiknya cedera pada tangan kanan dalam satu pergaduhan di Jalan Hoover, Pasir Pinji di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan yang berlaku di kawasan itu kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki berumur lingkungan 30-an terbaring dengan kesan darah di badan selain beberapa tompokan darah di atas jalan manakala sebuah motosikal turut ditemui berhampiran mangsa.

“Adik mangsa yang juga berumur lingkungan 30-an dilihat terbaring kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemui dan terdapat kecederaan pada tangan kanannya dipercayai ditikam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala adiknya juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini stabil.

Mohd Ali berkata polis menolak kemungkinan kejadian itu membabitkan kes samun berikutan barangan peribadi termasuk pengenalan diri dan telefon bimbit masih berada dengan mangsa selain sarung pisau ditemui di lokasi kejadian.

“Polis akan terus menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif pergaduhan itu termasuk mengambil keterangan adik mangsa serta saksi.


“Polis juga akan siasat sama ada kedua-dua mangsa menaiki motosikal yang sama atau tidak selain mengenal pasti pemilik kenderaan itu,” katanya.

Beliau meminta orang awam yang melihat kejadian itu agar tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat bagi membantu polis melengkapkan siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

Kategori