• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Pekerjaan Mulai 2018 Layak Terima Elaun Tunai

oleh AK-47
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR Mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.

Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.
“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERKESO akan mengadakan jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja. – BERNAMA

Tags: pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

11,000 Peroleh Pekerjaan Melalui MySTEP Setakat 15 Mac

31/03/2022
0

KUALA LUMPUR – Program jangka pendek (MySTEP) telah berjaya menempatkan hampir 11,000 pencari kerja dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd