• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Tangani Kes Bunuh Di Stesen Minyak

oleh Ahmad Albab
19/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden serang dan bunuh di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mangsa yang maut dalam kes itu mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah dikenal pasti.

“Tapi tidak payahlah saya komen (tentang kes jenayah lampau) orang yang sudah meninggal,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kes itu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-25 di sini, hari ini.

Beliau berkata polis melihat insiden itu sebagai perkara yang serius dan boleh menjejaskan imej negara kalau tidak ditangani dengan sebaik mungkin.

Noor Rashid berkata antara maklumat yang diterima mengenai kes tersebut ialah mereka berkaitan terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang dan ada kemungkinan berlaku perebutan kawasan.

Pada Ahad, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan empat lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di Johor Bahru.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen tersebut. – BERNAMA

Tags: kes bunuhPolis Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd