• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan: Sekejap Boleh Beza Pendapat, Lepas Tu Tak…

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pada pandangan saya, Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) mahupun Perjanjian Pakatan Harapan 9 Januari 2016 sudah boleh dicampak ke laut”

Demikian pandangan ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengenai kerjasama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan ketika ini.

Menurut beliau, Perjanjian Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pada Januari lalu jelas menyebut bahawa prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ yang pernah menjadi prinsip Pakatan Rakyat tidak lagi boleh diamalkan.

Kata beliau, Pakatan Harapan malah memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa mana-mana parti yang melanggar konsensus itu akan dipecat daripada gabungan parti pembangkang tersebut.

“Konvensyen Nasional PAN di Alor Setar, Kedah pada 22 Oktober 2017 bagaimanapun meluluskan usul yang dibawa oleh Naib Presiden, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan mengenai keperluan mewujudkan Akta Diskriminasi Yang Tidak Adil.

“Namun, Pengerusi Biro Undang-Undang PAN, Mohamed Hanipa Maidin berpandangan bahawa akta itu tidak perlu di atas pegangan bahawa perbezaan pendapat adalah satu rahmah dan simbol kekuatan.

“Jika benar sangat mengutamakan perbezaan pendapat mengapa boleh bersetuju pula dengan ketiadaan prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) selepas Pakatan Rakyat dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

PAS terpaksa disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

Pakatan Harapan dalam perjanjiannya pada tahun 2016 malah mengumumkan tidak lagi menggunakan prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ yang sering diamalkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pakatan Rakyat menggunakan istilah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ bagi menjustifikasikan perbalahan dalaman yang sering berlaku antara parti pembangkang kononnya ia baik untuk rakyat. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Kamarul Zaman Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Terlupa Majlis Penasihat Kerajaan Cuma 100 Hari?

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin terlupa tentang penjelasannya mengenai pembentukan...

Takut Kalah, PH Dalih Marah Mengundi Hari Rabu

10/04/2018
0

AKHIRNYA saat yang ditunggu oleh semua pihak, iaitu pengumuman rasmi tarikh penamaan calon dan pengundian untuk Pilihan Raya Umum (PRU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd