• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OIC Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Rasmi Palestin

oleh
14/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebulat suara iktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin dan gesa masyarakat dunia pun ambil tindakan sama.

Persidangan tergempar itu di sini juga mengisytiharkan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel, ‘tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang’.

Ia juga merupakan ‘satu cubaan melemahkan semua usaha damai’ serta galak ‘ekstremisme dan keganasan’ di serata dunia, jelas kenyataan OIC yang ditubuhkan pada 1969 ekoran insiden Masjidil Aqsa dibakar pendatang Yahudi.

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Iran, turut menegaskan, semua negara anggota komited kepada ‘satu-satunya penyelesaian komprehensif bagi memastikan keamanan’ di wilayah terbabit.

Deklarasi Istanbul itu juga menegaskan susulan tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara haram Israel, peranan negara kuasa besar berkenaan sebagai penaja perdamaian di rantau Asia Barat tidak lagi sah.

“Deklarasi Sidang Kemuncak OIC memutuskan bahawa pihak AS perlu menarik diri daripada memainkan peranan menjadi perunding perantara dalam usaha proses damai di Asia Barat,” lapor stesen televisyen Turki, NTV.

Kenyataan tersebut juga menegaskan langkah terkini Washington DC diumumkan Trump pada Rabu minggu lalu menyamai ‘galakan kepada Israel meneruskan dasar kolonialisme, pendudukan, aparteid dan pembersihan etnik.’

Sidang kemuncak negara Islam secara mengejut itu dianjurkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku Pengerusi OIC sebagai tindak balas terhadap tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Erdogan malahan melabel rejim Israel sebagai negara penakluk dan pengganas. Ironi, Ankara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv sejak 1949 lagi setahun selepas negara haram Zionis itu diwujudkan.

“Semua negara yang hargai undang-undang antarabangsa dan keadilan perlu iktiraf Baitulmaqdis yang diduduki Israel sebagai ibu negara Palestin,” katanya menegaskan ‘negara Islam tidak akan lepas tuntutan tersebut.

Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya pada persidangan sama memberitahu pemimpin negara Islam bahawa Washington tidak lagi boleh menjadi broker damai yang jujur.

“Peranan AS dalam proses politik tidak lagi boleh diterima kerana mereka memihak kepada Israel.  Ini adalah pendirian kami dan kami harap anda (negara anggota OIC) sokong kami (Palestin) dalam perkara ini,” kata Abbas.

Beliau yang menjadi tumpuan pada persidangan tersebut kemudian sekali lagi menegaskan: “Tidak mungkin wujud keamanan atau kestabilan di Asia Barat selagi Baitulmaqdis tidak diiktiraf sebagai ibu negara Palestin”.

Dalam pada itu di Riyadh, Raja Salman, berkata Palestin berhak menjadikan Timur Baitulmaqdis diduduki Israel sebagai ibu negara mereka, menyokong gesaan dalam sidang kemuncak OIC di Istanbul yang tidak dihadirinya.

“Pentadbiran diraja gesa satu penyelesaian politik bagi selesai krisis serantau, terutama berkaitan isu Palestin dan pengembalian hak sah rakyat Palestin termasuk mewujudkan negara bebas dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu kota,” katanya.

Raja Salman bertitah di hadapan Majlis Rundingan pentadbiran diraja itu ketika OIC mengadakan sidang kemuncak tergempar di Istanbul sebagai tindak balas terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Baginda memperbaharui kecaman terhadap keputusan Trump, mengatakan ia ‘mewakili sikap amat berat sebelah terhadap hak penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang dijamin resolusi antarabangsa.’ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Isu BaitulmaqdisOIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menutup Masjid Al-Aqsa serta...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd