Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mati Ditetak Di...

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat ditetak sekumpulan orang di sebuah...

Suruhanjaya Perkukuh Keselamatan Data...

KUALA LUMPUR : Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi memperkukuhkan...

PAS Pengkhianat Pakatan Rakyat!...

KUALA LUMPUR - "DAP berasa amat marah kerana dikhianati oleh kepimpinan PAS", kata...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

SHAH ALAM – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pemindahan pelarian Palestin ke negara jiran seperti Mesir serta Jordan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Dzul Aiman Zulkefly berkata, gesaan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan hak keadilan buat rakyat Palestin terus terbela.

“Penyelesaian konflik Palestin-Israel haruslah berdasarkan prinsip keadilan dan kedaulatan tanah, bukan melalui pemindahan paksa yang menghapuskan identiti rakyat Palestin.

“Trump yang terus mempromosikan dasar berat sebelah dan tindakan provokatif dengan menyokong rejim Zionis nyata bercanggah dengan aspirasi masyarakat antarabangsa yang mengimpikan keamanan sejagat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Trump menerusi satu temu bual pada Sabtu mencadangkan supaya lebih ramai pelarian Palestin ‘dipindahkan’ ke negara jiran terutama Mesir dan Jordan


Beliau menjelaskan, perkara tersebut telah dibangkitkan menerusi perbualan telefon dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II dan berkemungkinan menyatakan perkara sama kepada Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi pada Ahad.

Ujar Muhammad Dzul Aiman, saranan berkenaan disifatkan tidak bertanggungjawab, melanggar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan prinsip kedaulatan tanah air Palestin.

“PKPIM memandang perkara ini merupakan penjajahan moden tidak bermoral yang akan menambah penderitaan rakyat Palestin dan mengulangi tragedi hitam ‘Nakba’ pada 1948.

“PKPIM menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak kekal di tanah air mereka seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori