• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Nazmi Menang Saman Terhadap Abdul Gani

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman difailkan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung pendakwaan berniat jahat susulan penahanannya sebanyak dua kali di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu dengan alasan bahawa pihak defendan iaitu Abdul Gani dan kerajaan Malaysia gagal menyangkal dakwaan Nik Nazmi, 35, yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat selaku plaintif bahawa pendakwaannya kali kedua mempunyai unsur niat jahat.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua defendan membayar ganti rugi khas untuk menampung kos guaman sepanjang tempoh pendakwaan sebanyak RM80,000, ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM10,000 kepada plaintif (Nik Nazmi).

Beliau berkata pihak defendan hanya memanggil dua saksi iaitu timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat bagi kes berkenaan ketika perbicaraan, manakala defendan pertama (Abdul Gani) tidak hadir untuk memberi keterangan.

“Apa yang dikatakan oleh timbalan pendakwa raya ketika perbicaraan tidak lebih dari keterangan dengar. cakap. Saya tidak dapat faham kenapa defendan pertama arahkan plaintif dituduh di bawah seksyen sama pada kali kedua… apa yang mengejutkan arahan itu datang daripada orang yang penting,” katanya.

Ahmad Zaidi berkata tindakan defendan pertama yang mengarahkan pendakwaan kali kedua diteruskan walaupun selepas Mahkamah Rayuan memutuskan ia tidak berperlembagaan dan ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan masih dalam proses, adalah tidak menghormati keputusan mahkamah.

Pada 31 Mac, 2015 Nik Nazmi memfailkan saman terhadap Abdul Gani, yang ketika itu peguam negara, atas dakwaan telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei, 2014 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 telah membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapinya mengikut akta sama.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi menegaskan beliau sebelum itu didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei, 2013 atas dakwaan menganjurkan perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei, 2013.

Beliau mendakwa pada 6 Mei, 2014, Mahkamah Sesyen telah membebaskan dan melepaskannya selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan.

Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani untuk mendakwanya sebanyak dua kali atas pertuduhan sama telah mencemarkan maruahnya dan menggambarkannya sebagai seorang penjenayah. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd